PANTUN

A) Fungsi/Peranan
- pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu menulis dan membaca lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka.

B) Ciri/Bentuk

- Pantun merupakan bentuk puisi tradisonal yang terdiri
daripada:-
i) Empat baris serangkap.
ii) Empat perkataan sebaris.
iii) Mempunyai rima a-b-a-b dengan beberapa variasi dan pengecualian.
iv) Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang atau sampiran dan maksud.v) Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya rangkap-rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan idea


C) Jenis

- Pantun terdapat pelbagai jenis, antaranya ialah :-
i) pantun dua kerat
ii)pantun empat kerat
iii)pantun enam kerat
iv)pantun lapan kerat
v)
pantun dua belas kerat

D) Contoh

- Terang bulan terang di paya,
  Anak kambing memakan rumput,
  Jika tak kenang kepada saya,
  Nama yang baik tidak tersebut.

E) Hasil Ciptaan
- orang tua menaiki kereta,
  singgah di pasar membeli ikan,
  walau sesibuk mana hidup kita,
  kerja rumah jangan diabaikan.


The Beginning

salam peeps...
ckgu sastera ak suruh buat blog utk subjek tu... ak pulak mmg ad dh blog tapi mcm biasa dh bertahun tak update.. so ak pown guna ja blog yg dah terbengkalai tu.. semua sbb malas na pening2 buat blog baru.. haha.. ak delete semua post2 lama.. make-up sikit2.. settle... siap lah blog sastera ak.. THIS IS IT !!!! :D
untuk memulakan blog sastera ak ni ak dengan bangganya bg serangkap dua pantun perkenalan... hehehe



Parang tidak sebarang parang,
Parang Melayu bersepuh tangkainya;
Garang tidak sebarang garang,
Jika tidak dengan hemahnya.

Kajang pak malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Kalau ultraman taro tak cukup kuat,
Ni dia Rashid datang membantu.

ALL RIGHT RESERVED © BY PRINCE RAX-CHID